Majlis berlangsung pada 2 Syawal 7 Julai 2016 ( Khamis) di Dewan Bunga Raya, Pantai SrinTujuh, Tumpat. Suasana agak meriah dengan kehadiran lebih 300 keluarga dari k.Lumpur, Selatan Thailand serta beberapa daerah sekitar Kelantan.
Pelbagai aktiviti diadakan sempena perhimpunan tersebut seperti penyampaian anugerah kecemerlangan pelajar, penyampaian duit raya dan sebagainya. Pengerusi Program, Zinbahar Abdul Hamid berharap agar perhimpunan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga akan diteruskan untuk tahun-tahun seterusnya.
Objektif perhimpunan adalah untuk menghimpunkan seramai mungkin anak cucu Tok Guru Pulau Ubi atau nama sebenarnya Tuan Haji Yusof b Abdul Rahman yang juga merupakan antara ulama tersohor Kelantan.
No comments:
Post a Comment