Bahagian
C (Membuat Ulasan) – 20 Markah
KAEDAH MEMBUAT
ULASAN
1. Membaca
dan memahami arahan.
2. Mengenal
pasti kata kunci soalan sama ada :-
NILAI, NILAI MURNI, AMALAN BAIK,
PENGAJARAN, FAEDAH dan lain-lain.
3. Membaca
ayat demi ayat untuk mencari isi yang berkaitan dan GARIS ISI YANG DITEMUI.
4. Tukar
idea-idea yang ditemui dengan nilai yang murni.
5. Nyatakan
lima(5) idea sahaja.
6. Mesti
menghuraikan idea berdasarkan cerita dalam petikan.
7. Nilai
negatif dalam petikan boleh dipositifkan. Contoh teks: Abu tidak suka bersenam.
(menjaga kesihatan)
8. Contoh
pendahuluan:
Berdasarkan petikan,
pengajaran yang diperoleh ialah …………………………..
Antara nilai yang
terdapat dalam teks antaranya ialah …………………………..
Sebagai seorang murid,
kita mestilah ………………………………………........
9. Gunakan
kata bantu ulasan untuk membina ayat
ulasan:
mesti, mestilah, harus, patut,
perlu, hendaklah, sewajarnya dan lain-lain.
10 Mengetahui nilai-nilai murni seperti:-
adil amanah baik hati bantu-membantu
belas kasihan berani bertanggungjawab berdisiplin
mematuhi peraturan berdikari berhati-hati bermaaf-maafan
bersabar bertindak
pantas berterima kasih berusaha
cekal gigih gotong-royong hormati ibu bapa
hormati guru ikhlas jimat kasih sayang
kejujuran kebersihan kerajinan kerjasama
kesopanan kesyukuran memberi salam menepati masa
mengenang budi menghargai
masa mengakui kesalahan menjawab salam
merendah diri murah
hati perpaduan persaudaraan
prihatin rajin ramah mesra rasional
redha sayang simpati sedia memaafkan
sopan semangat
kejiranan semangat kesukanan patriotik
mentaati ibu bapa tabah tekun teliti
toleransi tolong-menolong menjaga alam sekitar empati
11. Bilangan perkataan antara 60 – 65 patah
12. Contoh Latihan Bahagian C :-
Tulis lima
nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah:
Sahabatku Fadhil,
Tujuan saya menulis
warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa menyertai
lawatan ke Pulau Langkawi anjuran kelab bahasa Melayu sekolah saya.
Kami memperoleh ilmu
pengetahuan yang banyak. Setiap detik yang dilalui, kami manfaatkan dengan mengunjungi
pelbagai tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri dan
Pantai Pasir Hitam. Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak
Gunung Machincang, kami kagum akan keindahan alam semula jadi. Cuacanya
sejuk manakala udaranya segar dan nyaman.
Semasa di Pantai
Cenang, kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami
kerana ombak besar. Kami akur akan nasihat guru tersebut. Lawatan seterusnya
ke ‘Underwater World’, iaitu tempat pelbagai jenis hidupan air dipamerkan. Kami
berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan.
Sebelum pulang kami
singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah. Saya hanya membeli barang-barang yang perlu
sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu. Saya juga membeli
cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.
13. Menyenaraikan semua idea yang diperoleh.
Nilai Dalam
Teks
|
Nilai Yang
Ditukar (tersirat)
|
menceritakan
pengalaman
|
berkongsi
pengalaman
|
setiap
detik ……. kami manfaat
|
menghargai
masa
|
mengunjungi
tempat bersejarah
|
patriotisme
|
kagum
akan keindahan alam
|
menghargai
alam / bersyukur
|
meminta
kebenaran
|
menghormati
guru
|
akur
akan nasihat guru
|
mematuhi
arahan
|
berbaris
/ beratur
|
berdisiplin
|
membeli
……. yang perlu sahaja
|
bijak
berbelanja / berjimat
|
dipesan
oleh ibu
|
patuh
/ taat
|
membeli
cenderamata
|
mengingati
kawan / prihatin
|
14. Memilih lima
idea yang dikehendaki dan membina ayat.
·
menghargai masa
·
menghormati guru
·
berdisiplin
·
berjimat
·
prihatin
15. Kembangkan idea dengan menggunakan ‘petak lajur
5’.
Objek
|
Kata bantu
|
Nilai
|
Kata Hubung
|
Huraian
|
Kita
|
patut
|
menghargai
masa
|
dengan
|
melawat
tempat bersejarah
|
Kita
|
mesti
|
menghormati
guru
|
dan
|
mendengar
nasihat
|
Kita
|
hendaklah
|
berdisiplin
|
dengan
|
beratur
|
Kita
|
perlu
|
berjimat
|
dengan
|
membeli
barang yang penting
|
Kita
|
sepatutnya
|
prihatin
|
dengan
|
membeli
cenderamata
|
16. Membina ayat ulasan
Nilai yang diperoleh
ialah kita patut menghargai masa dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti melawat
dalam negara. Selain itu, kita mesti menghormati guru dengan mendengar nasihat
mereka agar sentiasa selamat. Seterusnya, kita hendaklah sentiasa berdisiplin dengan
beratur sebelum memasuki sesuatu tempat untuk mengelakkan kemalangan. Kita juga
perlu berjimat
cermat dengan hanya membeli barangan yang penting sahaja.. Akhir sekali,
kita sepatutnya prihatin terhadap keluarga dan kawan-kawan dengan membeli cenderamata
kepada mereka sebagai tanda ingatan.
No comments:
Post a Comment