Bahagian
B (Menulis Karangan) – 30 Markah
1.
Baca dan fahami soalan serta cari kata
kunci.
2.
Tentukan jenis berformat atau tidak
(rujuk format dalam buku teks atau nota guru).
3.
Cari isi-isi penting berdasarkan:
·
Karangan
yang perlu diajar oleh guru
·
Karangan
yang dibaca dan dibuat sendiri
·
Pengalaman
yang pernah dialami
4. Membuat rangka karangan:
·
Pendahuluan – Pengenalan kepada tajuk
·
Idea – Bahagian paling penting yang
berkaitan dengan tajuk
·
Penutup – Kesimpulan kepada tajuk
5. Panjang – tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
6. Menjawab dalam masa yang ditetapkan iaitu 40
minit.
7. Bagi mendapatkan skor 30 markah, pastikan :-
·
Tiga(3) idea minimum
·
Buat huraian bagi setiap perenggan idea
·
Perenggan idea mesti mempunyai
sekurang-kurang 3 ayat:
-
Ayat topik(idea)
-
Ayat huraian
-
Ayat huraian lanjut
8. Contoh karangan dengan huraian:-
Faedah Menyertai Kegiatan
Kokurikulum Di Sekolah
Kegiatan
kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang merangkumi Badan Uniform,
Persatuan atau Kelab dan Sukan atau Permainan. Aktiviti tersebut biasanya dijalankan pada
waktu petang.
Kegiatan
kokurikulum dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada kita. Kita akan mengetahui
tentang sesuatu perkara yang tidak dapat dipelajari di dalam kelas.
Sebagai contoh, jika kita menyertai pasukan pengakap, kita dapat mempelajari
ilmu seperti ikatan, pertolongan cemas dan berkawad.
Selain
mendapat banyak ilmu, kita akan menjadi lebih berdisiplin. Ketika mengikuti kegiatan
kokurikulum, kita terpaksa mengikuti peraturan-peraturan persatuan. Dengan demikian,
secara tidak langsung kita akan terdidik untuk sentiasa mematuhi peraturan
dalam kehidupan sehari-harian.
Kegiatan
kokurikulum juga, dapat memupuk semangat berdikari. Sebagai contoh, kita
mesti membuat
sendiri tempat tinggal dan menyediakan makanan dalam aktiviti
perkhemahan. Oleh yang demikian, ia dapat membentuk diri kita untuk
menjadi orang yang tabah dan yakin pada diri sendiri.
Sekiranya
kita melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum, masa lapang tidak terbuang
begitu sahaja. Kita dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan aktiviti
yang tidak berfaedah. Justeru, kita akan terselamat daripada gejala seperti
melepak, ponteng sekolah dan menghisap rokok.
Berdasarkan
keterangan yang diberi, jelaslah bahawa kegiatan kokurikulum sangat
berfaedah kepada kita. Jadi, sertailah aktiviti kokurikulum di sekolah
secara lebih aktif.
No comments:
Post a Comment