Badminton Tertutup SKST 2014
Khatam Quran
Santai
Watikah Pelantikan
Guru Muda 1 Malaysia (GM1M)
Taklimat LM (UPSI)
Madah Pujangga
Firman Allah yang
maksudnya:
“Allah
akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang
yang
mempunyai ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat…”
Surah
Al-Mujadalah: 11
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Katakanlah, adakah
sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya,
orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang
yang berakal sempurna."
Surah Az Zumar: 9
Nabi
Muhammad S.A.W bersabda yang maksudnya:
“Menuntut ilmu itu adalah fardu (wajib) terhadap tiap-tiap orang
Islam.”
Riwayat Al-Bukhari
Al
Ashfihani:
“Manusia itu ada yang sudah berilmu dan ada yang sedang menuntut
ilmu dan yang lainnya adalah
orang-orang yang bodoh yang tidak berguna.”
Ucapan
Ali bin Abi Talib kepada pemuda bernama Kamil :
“Wahai Kamil, ketahuilah bahawa ilmu pengetahuan adalah lebih baik
daripada harta benda
kerana ilmu pengetahuan dapat menjaga kamu sedangkan harta
benda itu engkau yang menjaganya,
ilmu pengetahuan itu adalah pihak yang
berkuasa sedangkan harta benda itu adalah pihak yang dikuasai.
Dalam pada itu
harta benda akan berkurangan jika dibelanjakan sedangkan ilmu pengetahuan itu
bertambah-tambah jika kita berikan kepada orang lain.”
Ibnu Muqaffa
:
"Ilmu
pengetahuan itu akan menjadi perhiasan bagi pemiliknya dalam waktu makmur
dan
akan menjadi penolong dalam masa-masa krisis."
Al-Imam As-Syafie,
“Mencari
ilmu itu lebih utama daripada mengerjakan sunah.”
Abdullah Ibnu Mubarak pernah ditanya,
"Andaikata Allah swt
memberitahumu bahawa kamu akan mati malam ini, apakah yang kamu akan lakukan
hari ini?" Jawab Abdullah, "Aku akan pergi mencari ilmu
pengetahuan."
Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud:
“Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu
keadaan di mana setiap lapisan masyarakat
melibatkan diri baik secara langsung
mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan
keilmuan di setiap kesempatan:
dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik
di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan
berdasarkan ilmu
pengetahuan.”
YAB Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak:
“Penguasaan ilmu amat penting terutama dalam persekitaran
yang mencabar dan dunia
yang kompetitif. Jika kita gagal dalam hal ini kita akan dipintas oleh negara-negara lain.
Kerajaan kena teruskan komitmennya dalam bidang pendidikan. Ini wahana berkesan untuk
membuat transformasi pada individu, bangsa dan negara.”
yang kompetitif. Jika kita gagal dalam hal ini kita akan dipintas oleh negara-negara lain.
Kerajaan kena teruskan komitmennya dalam bidang pendidikan. Ini wahana berkesan untuk
membuat transformasi pada individu, bangsa dan negara.”
“Apabila kita mencapai kemerdekaan, kita (kerajaan) telah
melaungkan
proses pendemokrasian pendidikan, yang bererti kita hendak berikan
pendidikan yang berkualiti.”
Anugerah Cemerlang Ke- 44, Sekolah Tuanku Abdul Rahman
(STAR) 2010
Al-Ghazali :
“Tujuan daripada pendidikan ialah
mendekatkan diri kepada Allah, bukan pangkat
dan bermegah-megah dan janganlah
hendaknya seorang pelajar itu belajar untuk mencari
pangkat, harta, menipu
orang-orang bodoh atau bermegah-megah dengan kawan.”
Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Sempena Sambutan
Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Kali Ke-53 Tahun 2010
“Dalam hal ini, semangat patriotik hendaklah
dimanifestasikan menerusi kesungguhan
dalam menuntut ilmu pengetahuan. Oleh hal yang demikian, Beta berharap agar
murid-murid berusaha dengan penuh gigih untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu, terutama
ilmu dalam bidang sains dan teknologi selari dengan hasrat negara untuk menjadi negara maju. Beta percaya murid-murid yang berilmu pengetahuan akan mempunyai fikiran yang luas, kreatif, inovatif, dan rasional. Modal insan minda kelas pertama yang kita lahirkan ini tentunya menjadi aset berguna kepada negara kerana murid-murid yang memiliki
dalam menuntut ilmu pengetahuan. Oleh hal yang demikian, Beta berharap agar
murid-murid berusaha dengan penuh gigih untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu, terutama
ilmu dalam bidang sains dan teknologi selari dengan hasrat negara untuk menjadi negara maju. Beta percaya murid-murid yang berilmu pengetahuan akan mempunyai fikiran yang luas, kreatif, inovatif, dan rasional. Modal insan minda kelas pertama yang kita lahirkan ini tentunya menjadi aset berguna kepada negara kerana murid-murid yang memiliki
ciri-ciri tersebut dapat menjana kejayaan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.”
Perutusan Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin b Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53
Tahun 2010
“Sebagai pewaris kepimpinan negara, murid-murid perlu melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu yang berfaedah dan mengelakkan diri daripada gejala sosial. Murid-murid
perlu berfikiran positif dan memperkasakan jati diri bagi menjamin kecemerlangan hidup pada masa depan. Justeru, peranan guru adalah untuk memastikan murid-murid berakhlak mulia dan
mempunyai sahsiah diri terpuji. Keunggulan diri murid-murid ini dapat menghindarkan
murid-murid daripada terjebak dalam gejala sosial yang semakin berleluasa sejak
akhir-akhir ini. Di samping itu, semangat patriotik juga mesti dipupuk sejak murid-murid
di sekolah rendah lagi.”
Menteri Pelajaran - Hishammuddin
Hussein
menunggu sehingga saat akhir untuk menyempurnakan segala perancangan kita. Walaupun
kita nampaknya sedang bergerak seperti dirancang, saya percaya kita mampu meningkatkan
lagi prestasi kita dan berkeupayaan untuk mempercepatkan lagi pelaksanaan program dan
projek yang sudah dirancang.”
Majalah
Pendidik Bil 4 / Jan 2008
No comments:
Post a Comment