Suatu Perkongsian

Suatu Perkongsian

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu


Tarikh  : 4.3.2012                                                                    Masa               :  9.45 – 10.15
Kelas   : 5 Impian                                                                    Bil Pelajar        :  30 orang
M/ Pel  : Bahasa Melayu
Tajuk: PKJR - Prihatin Terhadap Persekitaran
Kemahiran:
Fokus Utama;
8.1 :     Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Fokus Sampingan;
8.1 Aras 3 (i)   Membina ayat  majmuk dengan menggunakan kata hubung yang tepat.
Menganalisis bahan grafik berdasarkan sesuatu perkara.
Membentang hasil analisis secara tepat.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah biasa mengisi tempat kosong dalam ayat dan membina ayat mudah.
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran, murid dapat;
1      Menyenaraikan perkataan aktiviti tertentu dalam bahan grafik.
2      Mengemukakan ayat secara lisan.
3      Boleh membina ayat daripada bahan grafik ( ayat yang gramatif)
Isi Pelajaran:
1      Pengenalan kepada tajuk pelajaran.
2      Mengemukakan pandangan/idea.
3      Berbincang mengenai aktiviti berpandukan bahan grafik.
4      Bersoal jawab dan menulis ayat majmuk.
5      Membuat rumusan.
Sistem Bahasa:
Morfologi – Kata Nama Am, Kata Nama Khas, Kata Ganti Nama, Kata Hubung
Sintaksis – Ayat Tunggal, Ayat Majmuk, Ayat Penyata
Kosa Kata:
1       Alat kawalan jauh
2      Kereta mainan
3      Merempuh
4      Gagal

Pengisian Kurikulum:
 Ilmu – Pendidikan Islam, Pendidikan Moral
Nilai-nilai murni:
1.    Hormat-menghormati
2      Bekerjasama
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
1.    Kontekstual
2.    Kemahiran Berfikir :
a.    Menjana idea
b.    Merumus
c.    Menginterpretasi
3.    Tahap Kecerdasan Pelbagai (TKP)
a.    Verbal – linguistik
b.    Interpersonal
c.    Visual ruang


Rancangan Pelajaran Harian

Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan


Aktiviti Guru
Aktiviti Murid



Set Induksi
(3minit)

Pengenalan kepada tajuk pelajaran.
Contoh soalan:
1. Mengapa kemalangan sering berlaku?
2. Berikan pendapat cara selamat untuk melintas jalan raya.

1.Minta murid beri respon.
2. Guru arah murid tampal bahan grafik di dalam buku log



Murid melihat gambar yang ditunjukkan.

Murid memberi  respon

BBM:
Bahan grafik.
Buku Log

Langkah 1
(5 minit)

Mengemukakan pandangan / pendapat/ sumbang-saran / idea.
Perbincangan -Mencatat perkataan (aktiviti) berpandukan gambar
1.    bermain
2.    memandu
3.    mengejar
4.    memerhati
5.    merempuh


Guru memberi penerangan.

Guru kaitkan dengan Bahagian A dalam B.Melayu.

Guru menyenaraikan hasil perbincangan
di papan hitam


Murid mencatat perkataan  di dalam buku latihan
( di bawah bahan grafik yang ditampal)

BBM:
Bahan grafik
Buku log

KBT:
Kemahiran Berfikir; Lisan

Menjana idea,
Mengingat kembali



Langkah 2
(15 minit)

Membina ayat gramatif berpandukan gambar
(Bahasa Melayu Kertas 2 – Bahagian A)

Guru membantu / menunjuk ajar murid.

1.Murid  merujuk  bahan grafik untuk dapatkan maklumat.

2. Murid membina ayat yang gramatif berdasarkan perkataan yang diberi.


BBM:
Gambar
Buku Latihan

KBT:
Kemahiran
Menulis,
Menjana idea,
Mencirikan Cara Belajar

Nilai-nilai Murni:
Tekun, kerjasama,
Mematuhi peraturan

Langkah 3
(5 minit)

Membentang hasil analisis secara tepat

Guru memilih beberapa orang murid untuk membentang hasil kerja mereka kepada kelas.

Murid membaca hasil kerja mereka.

2.Murid lain diberi peluang untuk respon.



BBM:

Bahan grafik

KBT:
Kemahiran membaca;
Menjana Idea

Nilai-nilai murni:
Bersungguh-sungguh, rela hati, rajin

Penutup
(3 minit)

Rumusan

Guru minta murid baiki ayat.

Murid memberi respon

gambar



Lampiran : Bahan Grafik


























No comments:

Post a Comment